Televisyen Pertama |
Televisyen awal mempunyai banyak penyumbang kerana kerja pencipta televisyen berdasarkan perkembangan tenaga elektrik dan jurutera.
Antara pereka yang menyumbang kepada rekaan televisyen ialah John Logie Baird seorang jurutera dan pencipta sistem televisyen pertama di dunia di Hasting, England pada 1923.
Satu demonstrasi awam kemudiannya diadakan di pusat beli-belah Selfridges di London, England, pada Mac 1925.
Ia cukup berjaya dikomersialkan dan BBC memulakan siaran televisyen pertama di dunia pada Januari 1929, menggunakan sistem Baird.
''Pesawat televisyen'' Baird adalah satu sistem elektro mekanikal menggunakan cakera berputar yang dipanggil cakera Nipkow.
Ia mengambil nama Paul Nipkow, pencipta Jerman yang mempatenkan cakera pada 1885 sebagai satu cara menangkap imej untuk penghantaran telegraf.
Pada 1927, isyarat televisyen jarak jauh dihantar labih daripada 705 km menerusi talian telefon di antara London dan Glasgow.
Nama Baird tercatat dalam sejarah kerana memancarkan gambar telavisyen jarak jauh pertama di dunia dari Central Station Glasgow.
No comments:
Post a Comment